Wednesday 28 November 2012

PENGENALAN KEPADA SAINS

KURIKULUM  STANDARD  SEKOLAH  RENDAH

DUNIA  SAINS  DAN  TEKNOLOGI

TAHUN  3

1.Kemahiran  Saintifik
1.1 Memahami  kemahiran  proses  sains

Murid  boleh  :
1.1.1 Memerhati
1.1.2 Mengelas
1.1.3 Mengukur  dan  menggunakan  nombor
1.1.4 Meramal
1.1.5 Membuat  inferens
1.1.6 Berkomunikasi
1.1.7 Menjelaskan  kemahiran  proses  sains  melalui  lakaran,penulisan,TMK  atau  lisan.

1.2 Memahami  kemahiran  manipulatif

Murid  boleh :
1.2.1 Menggunakan  dan  mengendalikan  peralatan  dan  bahan  sains  dengan  betul.
1.2.2 Mengendalikan  spesimen  dengan  betul  dan  selamat
1.2.3 Melakar  spesimen,peralatan  dan  bahan  sains  dengan  tepat
1.2.4 Membersihkan  peralatan  sains  dengan  cara  yang  betul
1.2.5 Menyimpan  peralatan  dan  bahan  sains  dengan  betul  dan  selamat




Friday 23 November 2012

Kemahiran Proses Sains

Kemahiran  Proses  Sains

Kemahiran  proses  sains  membolehkan  murid  mempersoalkan  tentang  sesuatu  perkara  dan  mencari  jawapan  secara  bersistem.
Penerangan  tentang  setiap  kemahiran  proses  sains  adalah  seperti  berikut:

Memerhatikan
Menggunakan  deria  penglihatan,pendengaran,sentuhan,rasa  atau  bau  untuk  mengumpulkan  maklumat  tentang  objek  dan  fenomena.

Mengelaskan
Menggunakan  pemerhatian  untuk  mengasing  dan  mengumpulkan  objek  atau  fenomena  berdasarkan  ciri  yang  sama.

Mengukur  Dan  Menggunakan  Nombor
Membuat  pemerhatian  secara  kuantitatif  dengan  menggunakan  nombor  atau  alat  berunit  piawai  atau  alat  yang  diseragamkan  sebagai  unit  rujukan.

Membuat  Inferens
Membuat  kesimpulan  awal  yang  munasabah  yang  mungkin  benar  atau  tidak  benar  untuk  menerangkan  sesuatu  peristiwa  atau  pemerhatian.

Meramalkan
Membuat  jangkaan  tentang  sesuatu  peristiwa  berdasarkan  pemerhatian  dan  pengalaman  yang  lalu  atau  berdasarkan  data.

Berkomunikasi
Menerima,memilih,menyusun  dan  mempersembahkan  maklumat  atau  idea  dalam  bentuk  tulisan,lisan,jadual,graf,rajah  atau  model.

Menggunakan  Perhubungan  Ruang  Dan  Masa
Memerihalkan  perubahan  parameter  seperti  lokasi,arah,bentuk,saiz,isipadu,berat  dan  jisim  dengan  masa.

Mentafsirkan  Data
Memberi  penerangan  yang  rasional  tentang  objek,peristiwa  atau  pola  daripada  data  yang  dikumpulkan.

Mendefinisikan  Secara  Operasi
Memberi  tafsiran  tentang  sesuatu  konsep  dengan  menyatakan  perkara  yang  dilakukan  dan  diperhatikan.

Mengawal  Pembolehubah
Mengenal  pasti  pembolehubah  dimanipulasikan,pembolehubah  bergerakbalas  dan  pembolehubah  yang  dimalarkan.Dalam  sesuatu  penyiasatan  satu  pembolehubah  dimanipulasikan  untuk  memerhatikan  hubungannya  dengan  pembolehubah  bergerakbalas.Pada  masa  yang  sama  pembolehubah  yang  lain  dimalarkan.

Membuat  Hipotesis
Membuat  suatu  pernyataan  umum  tentang  hubungan  anatara  pembolehubah  yang  difikirkan  benar  bagi  menerangkan  sesuatu  perkara  atau  peristiwa.Pernyataan  ini  boleh  diuji  untuk  menentukan  kesahihannya.

Mengeksperimen
Merancang  dan  menjalankan  penyiasatan  untuk  menguji  sesuatu  hipotesis,mengumpulkan  data,mentafsirkan  data  sehingga  mendapat  rumusan  daripada  penyiasatan  itu.

Kemahiran Saintifik

Kemahiran  Saintifik
Sains  menekankan  kaedah  inkuiri  dan  penyelesaian  masalah.Dalam  proses  inkuiri  dan  penyelesaian  masalah  kemahiran  saintifik  dan  kemahiran  berfikir  perlu  digunakan.Kemahiran  saintifik  merupakan  kemahiran  yang  penting  untuk  menjalankan  sebarang  mengikut  kaedah  saintifik.

Kemahiran  Saintifik  terdiri  daripada  kemahiran  proses  sains  dan  kemahiran  manipulatif.